Iklan Nuffnang



Home Personal Produk Shaklee Set Shaklee Apa Yang Anda Perlu Tahu Contact Us

Tuesday, June 17, 2014

Icon World Cup 2014

Assalamualaikum....Hye guys!!!

Sekarang nie kan musim demam bola, makan bola, minum bola mandi bola....dengan kata lain semuanya bola...hehehe~~ tapi zana bukan nak cerita pasal score world cup 2014 atau team nie x best...team nie best..no..no..no... zana terpikat dengan icon WORLD CUP 2014 di google... kalau korang perasanlah memang sangat menarik perhatian zana dengan icon-icon google nie...comel-comel plak tu...kikiki~ Jom2 tengok icon yang zana kumpulkan setakat nie...hehehe tak de keje org tengok pelawanan bola dia pi kumpul icon world cup 2014 kat google ngeh3


Nie paling latest...hehe















Amacam comel tak icon-icon nie....hehehe~ bila tengok gelak sorang zana....haihhh penangan world cup 2014... zana sokong team brazil..wehuuuuu!!!

ZM....xoxo

Maklumat lanjut mengenai produk shaklee (klik sini):
(COD : Taman Medan, Taman Sri Manja, Taman Dato Harun, Cheras, Shamelin)
Zanna Mazlan | SID : 1138147
Text/whatsapp/call : 0192211467

Sunday, June 15, 2014

Shaklee : Set Kesihatan Lelaki

Assalamualiakum.... Hye Guys!!!

Sempena Hari Bapa nie, zana ingin memperkenalkan kepada anda set kesihatan lelaki..khas utk bapa,suami, dan insan yg bergelar lelaki..nak bagi kat boypren,tunang pon boleh jugak!!! ahakz!!
Orang lelaki pon tak terlepas daripada risiko penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung, kencing manis, kolestrol tinggi dan macam2 lagi..sebelum semakin parah baguslaj kalau kita berusaha untuk mencegahnya.

Ada juga antara mereka ni yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun..perubahan hormon ni boleh menyebabkan:

  • mati pucuk
  • pembesaran prostat
  • kelesuan
  • kurang tenaga dan stamina
So bagi mengelakkan daripada sebab-sebab di atas berlaku. Zana sarankan para lelaki semua untuk mengamalkan Set Kesihatan Lelaki.. daripada shaklee ini....


Set kesihatan lelaki yang dicadangkan iaitu : 

Omega Guard
  • Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA dll
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fungsi sendi
Zink Complex:
  • Membantu meningkatkan kualiti sperma
  • Membantu mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
  • Membantu mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
  • Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik 
  • Mencegah masalah mati pucuk 
  • Mengelakkan masalah keguguran rambut
  • Dapat menghasilkan sperma yang lebih banyak
  • Dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakkan sperma
  • Meningkatkan paras testosteron dalam badan
Performance Drink:
  • Tingkatkan daya ketahanan badan
  • Bekalkan ketahanan dan daya ketahanan fizikal
  • Mencegah dehidrasi
  • Awek muda
  • Kekalkan paras gula dalam badan
Kebaikan Set kesihatan lelaki ini adalah :
  1. Memelihara kesihatan prostat;
  2. Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
  3. Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  4. Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan sel
  5. Meningkatkan sistem imun, menolong menyembuhkan luka, masalah jeragat, daya seksual dan pertumbuhan organ.
Jika mahukan set bujet untuk set kesihatan lelaki ini boleh pm/whatsapp zana yer..

ZM... xoxo

Maklumat lanjut mengenai produk shaklee (klik sini):
(COD : Taman Medan, Taman Sri Manja, Taman Dato Harun, Cheras, Shamelin)
Zanna Mazlan | SID : 1138147
Text/whatsapp/call : 0192211467


Saturday, June 14, 2014

Perbezaan vitamin natural & sintetik

Assalamualaikum.... Hye Guys!!!

Bila orang kata "SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER  YANG JUAL DEKAT FARMASI TU...TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS"
Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...


kalau begitu zana cuba terangkan kenapa & mengapa zana sanggup melabur untuk kesihatan kami sekeluarga.

Sejujurnya, zana akui bahawa vitamin Shaklee nie memanglah vitamin mewah, namun ianya tidak semahal yang anda sangka dan sesiapa jua mampu memilikinya! Apa taknye..bukan sampai RM1 pon sebiji..hehe..sen2 je pon...

Keduanya, vitamin Shaklee ialah vitamin natural/ semulajadi, asli tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel dan BUKAN vitamin sintetik.



Jom kita ikuti perbezaan di antara vitamin semulajadi & vitamin sintetik:

1. Penghasilan

  • Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
  • Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
2.Keserasian dengan badan
  • Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
  • Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
3. Harga
  • Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
  • Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.
4. Kesan kepada tubuh badan
  • Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
  • Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang
  • Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
  • Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.
ZM... xoxo

Maklumat lanjut mengenai produk shaklee (klik sini):
(COD : Taman Medan, Taman Sri Manja, Taman Dato Harun, Cheras, Shamelin)
Zanna Mazlan | SID : 1138147
Text/whatsapp/call : 0192211467

Friday, June 13, 2014

Shaklee : Vitamin yang TIDAK BOLEH diambil oleh ibu mengandung

Asalamualaikum...hye gys!!!

Semua ibu menginginkan suasana kehamilan yang ceria dan bertenaga, agar dapat membekalkan nutrisi dan persekitaran positif kepada kandungan. Sebab itulah set ibu hamil/ mengandung merupakan antara produk tip top Shaklee. Namun, sama seperti ubat- ubatan lain: penggunaan supplement Shaklee bagi ibu mengandung tetap terbatas.

Entri kali nie zana nak share dengan ibu2 semua, Supplements/ Vitamin yang PERLU DIELAKKAN oleh ibu mengandung: 

ALFALFA:
Ia adalah sejenis herba, antara kemungkinan yang tidak diingini adalah berlakunya kontraksi awal. Namun bagi ibu yang tandem nursing semasa hamil, anda dibolehkan mengambil alfalfa tetapi dengan langkah berjaga- jaga

VITAMIN A/ Caratomax:
Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000IU sehari.

Vitamin E sebenarnya dapat menguatkan rahim (bagus untuk ibu hamil) tetapi pengambilannya perlu dikawal. Penggunaan vitamin E semasa hamil perlu mendapat nasihat doktor anda.


Antara vitamin-vitamin lain yang PERLU DIELAKKAN juga ibu mengandung, secara ringkasnya:

1. Vitamin E, Caratomax, GLA dan nutriferon adalah antara supplement yang mempunyai sifat antioksidan yang tinggi dan seterusnya boleh memberikan risiko keguguran. 

2. Garlic, Ginger, Alfalfa dan Vivix pula mengandungi rumusan tradisional dan herba, jadi ia bersifat panas.

Kedua- dua sebab ini antara sebab utama mengapa perlu dielakkan oleh ibu mengandung, kerana dikhuatiri boleh membawa mudarat kepada bayi yang dikandung.

Berkenaan risiko keguguran pula, pada awal kehamilan(Trimester 1), antibodi ibu sebenarnya direndahkan bagi memberi jalan kepada pelekatan benih & baru (bayi). Jadi, pengambilan supplement yang bersifat antioksidan yang tinggi akan menyebabkan antibodi kita meningkat.

Kehadiran sel dan waktu itu, badan ibu akan menganggap 'sel baru' (bayi) sebagai bendasing, dan akan cuba untuk 'reject' benda tersebut. Na'uzubillahiminzalik. Namun jika ibu2 hamil benar2 terpaksa mengambil supplement di atas ini,bolehlah anda merujuk dahulu kepada doktor pakar masing- masing.

ZM....xoxo

Maklumat lanjut mengenai produk shaklee (klik sini):
(COD : Taman Medan, Taman Sri Manja, Taman Dato Harun, Cheras, Shamelin)
Zanna Mazlan | SID : 1138147
Text/whatsapp/call : 0192211467


Wednesday, June 11, 2014

Persediaan Puasa Shaklee kekal sihat dan bertenaga

Assalamaualikum... Hye Guys!!!

Hanya tinggal beberapa hari lagi...kita akan sambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan kerana bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sememangnya bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam seluruh dunia.....InsyaAllah~

Entri kali ni zana nak perkenalkan bahawa shaklee telah menawarkan set supplemen yang pasti akan membuat semua orang akan jatuh cinta dengan kelebihan set ini. 

Antara kelebihan set mighty 3 adalah:
  1. Sesuai diambil semasa sahur untuk mengekalkan tenaga sepanjang masa ketika berpuasa.
  2. Ianya juga sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan badan.
  3. Digalakkan untk mereka yang ada gastrik kerana ESP mampu memberi rasa kenyang yang berpanjangan.
  4. Boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin kekal sihat dan cergas sepanjang berpuasa.
  5. Set ini bertindak sebagai PENYELAMAT untuk yang terlewat bangun untuk sahur @ yang kurang kerajinan untuk memasak makanan sahur.



Ianya dikenali sebagai set mighty 3 program iaitu :

Bantu kekal tenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi diwaktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana kadar pencernaan dan penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah sumber protein yang baik akan membantu menyerap kolestrol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara.

~ Performance Drink
Bantu mengelakkan dehidrasi dan dalam masa yang sama mengawal cecair dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, boleh membantu untuk menambahkan tenaga. Rasa oren yang menyegarkan.

Multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan sedikit protien dan fiber. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak dan boleh dikongsikan khasiatnya bersama seisi keluarga.

Beberapa testimoni yang amalkan set ini (korang boleh google juga)



ZM....xoxo

Maklumat lanjut mengenai produk shaklee (klik sini):
(COD : Taman Medan, Taman Sri Manja, Taman Dato Harun, Cheras, Shamelin)
Zanna Mazlan | SID : 1138147
Text/whatsapp/call : 0192211467


Tuesday, June 10, 2014

VitaLea Shaklee Multivitamin dan Multimineral

Assalamualaikum.....Hye Guys!!!

Tahukah anda bahawa produk utama dalam shaklee apa??? 


Paling basic dan paling penting yang anda perlu ambil iaitu vitalea with iron. ianya merupakan produk shaklee pertama dari Dr. Forest C.Haklee.

Ianya dikatakan Killer Product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin serta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah sel. Ia seumpama 2 biji vitalea bersamaan 40 jenis hidangan lauk. huh!!! mampu ke kita nak makan sampai 40 jenis lauk hidangan?? huhu~ tanyala diri sendir... heeee

Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang. Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.
SUPPLEMENT FACTS VITA-LEA SHAKLEE

Apakah kelebihan Vitalea a.k.a multivitamin shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel. Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

Kenapa Vitalea Shaklee adalah multivitamin terbaik!!!!

Ianya merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga


Kebaikan Multivitamin vitalea Shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Siapa yang memerlukan multivitamin a.k.a vitalea shaklee:
  1. Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dna kecergasan tubuh jangka panjang
  2. Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  3. Individu yang ingin menigkatkan sistem imum
  4. Remaja yang sedang membesar
  5. Wanita yang mementingkan kesejahteraan keishatan mereka
  6. Individu yang menopus
  7. Wanita yang baru bersalin
ZM....xoxo


Maklumat lanjut mengenai produk shaklee (klik sini):
(COD : Taman Medan, Taman Sri Manja, Taman Dato Harun, Cheras, Shamelin)
Zanna Mazlan | SID : 1138147
Text/whatsapp/call : 0192211467

Monday, June 9, 2014

Kenapa kita perlu mengambil suplemen

Assalamualaikum... Hye Guys!!!

Haaaa tajuk entri kali nie menunjukkan ayat yang sangat tegaskan....hehe~ tak adalah saja zana nak tekankan kat anda semua bahawa pentingnya kita mengambil suplemen. Lagi-lagi umur yang telah menjangkau ke 30an, kalau kita tak jaga.. faham-faham jer la..*wink2*

Zana nak senaraikan kat anda semua kenapa kita perlu mengambil suplemen??? 

Ada 24 sebab kenapa perlunya suplemen diambil daripada majalah health digest *wow!! banyaknya sebab*

1.Penghadaman tidak baik/Poor Digestion
Walaupun makanan yang anda ambil adalah baik, namun penghadaman yang tidak efisen akan menghadkan penyerapan vitamin  ke usus anda. Sebab lain mungkin anda tidak mengunyah secara sempuna dan makan terlalu laju. Ini akan menyebabkan enzim tidak dapat menghadamkan saiz makanan yang besar. Anda yang mempunyai masalah gigi juga  menghadapi keadaan ini, berbanding mereka yang mempunyai set gigi asal yang penuh.

2.Makanan dimasak terlalu lama/Overcooking
Makanan yang dimasak terlalu lama boleh memusnahkan sesetengah vitamin seperti vitamin B, C dan E. Merebus terlalu lama juga merosakkan vitamin larut air  ini dan sesetengah mineral. Mengukus secara perlahan dan sederhana lebih digalakkan.

3.Makanan yang tersimpan lama/Food Storage
Makanan yang tersimpan lama (freezing food) akan mengurangkan kandungan vitamin dan mineral dalam makanan tersebut. Contohnya vitamin E. Makanan yang bersumberkan vitamin E seperti roti, minyak adalah makanan proses yang mengurangkan vitamin E atau menghilangkannya secara total, yang mana jangka hayat penggunaannya lama tetapi kandungan nutriennya sangat kurang.

4.Tanah yang kurang subur/Crop Nutrient Losses
Tumbuhan seperti sayur-sayuran ditanam di tanah yang kurang subur. Tanah yang ditanam secara intensif akan mengurangkan kesuburannya. Satu kajian yang dilakukan mendapati 68% kesuburan tanah hilang dalam masa empat tahun.

5.Tekanan/Stress
Tekanan emosi dan fizikal akan meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin B2, B5, B6 dan C dan lain-lain. Jika vitamin-vitamin ini tidak mencukupi, lama kelamaan badan anda akan menghidapi penyakit-penyakit moden sekarang.

6.Alahan makanan tertentu/Food Allergies
Anda yang alah kepada sesetengah makanan, mungkin akan mengalami kekurangan nutrisi dari makanan yang anda alah tersebut. Ini kerana mengikut kajian, tubuh badan memerlukan lebih dari 40 jenis zat makanan.

7.Sakit dan kemalangan/Accidents and illnesses
Jika anda sakit, menjalani pembedahan atau mengalami kemalangan, keperluan kepada sesetengah vitamin seperti zink, vitamin E, protin dan  kalsium meningkat. Jadi mengambil vitamin dan mineral ini secara tambahan adalah amat perlu.

8.Remaja/Teenagers
Jika anda sedang meningkat remaja atau pelajar, terutama kepada remaja perempuan, keperluan kepada vitamin dan mineral semasa proses pembesaran fizikal, emosi dan biokemikal adalah amat tinggi. Satu data dari kajian yang dijalankan mendapati 30-50 peratus remaja berusia 12 ke 16 tahun mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan vitamin dari yang dicadangkan (USRDA).

9.Wanita mangandung/Pregnant Women
Wanita mengandung memerlukan vitamin dan mineral lebih tinggi dari keperluan orang dewasa untuk pembesaran janin yang sihat dan juga ibu yang sihat. Nutrisi yang meningkat semasa mengandung adalah seperti kumpulan vitamin B, terutama B1, B2, B5, B6, acid folik, B12, dan mineral seperti kalsium, iron, magnesium, zink dan banyak lagi. Satu kajian yang dijalankan di USA, mendapati 80% wanita mengandung mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan nutrisi dari yang dicadangkan oleh USRDA.

10.Makanan tinggi karbohidrat/Convenience foods
Diet yang tinggi karbohidrat seperti nasi putih, tepung, gula putih, memerlukan permintaan yang tinggi terhadap vitamin terutamanya dalam kumpulan B untuk proses karbohidrat tersebut. Kekurangan nutrien ini akan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah dan mengantuk.

11.Pengambilan antibiotik/Antibiotics
Pengambilan antibiotik yang kerap, walaupun untuk melawan bakteria dan jangkitan, tetapi juga membunuh bakteria baik di dalam usus. Kekurangan bakteria baik ini akan menyebabkan masalah penghadaman dan pembuangan. Penambahan makanan tambahan vitamin dan mineral adalah sangat perlu.

12.Diet yang tidak seimbang/Fad Diets
Diet yang tidak seimbang akan mengurangkan vitamin dan mineral secara serius. Bahkan makanan yang kurang lemak jika diambil keterlaluan akan mengurangkan vitamin A, D dan E. Ini terutama mereka yang vegetarian amat perlu menambah nutrient yang mereka tidak dapat dari daging dan sumber haiwan.

13.Makan sedikit/Light Eaters
Sesetengah orang makan amat sedikit, walaupun bukan matlamat mengurangkan berat badan. Satu kajian pemakanan di US didapati purata wanita mengambil kurang dari 756 kalori sehari, di mana pada tahap ini akan menyebabkan mereka kurang tiamin, kalsium dan zat besi.

14.Orang-orang tua(Warga emas)/The elderly
Peningkatan umur berkait dengan berkurangnya pengambilan vitamin dan mineral yang terdapat dalam makanan. Ini mungkin disebabkan oleh hilangnya selera, lemahnya sistem penghadaman, menghadapi penyakit-penyakit tertentu bahkan sistem penghasilan sel tubuh menjadi lambat.

15.Pengamal pil perancang/Oral Contraceptives
Jika anda salah seorang yang mengamalkan pil perancang, anda perlu mengambil tambahan vitamin dan mineral kerana pil – pil tersebut boleh mengurangkan penyerapan folik asid dan meningkatkan keperluan vitamin B6, C, zink dan riboflavin.

16.Pengambilan julap/Laxatives
Pengambilan julap yang berlebihan terutama dari jenis jamu, akan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan kerana kadar transit makanan yang singkat. Julap yang kuat ini mungkin akan menghilangkan dengan banyak mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.

17.Senggugut/PMT Sindrom
Kajian menunjukkan 80 peratus wanita yang mengalami PMT atau sengugut akan mengalami masalah dari simtom seperti sakit kepala, cepat marah, kembung , kesakitan payu dara, kelesuan dan tekanan yang boleh mendapat manafaat dari tambahan vitamin dan mineral.

18.Kurang mendapat cahaya matahari/Lact of Sunlight
Maksimum pengambilan vitamin D sehari ialah 400 I.U. Jika anda bekerja sif atau kurang terdedah dengan matahari, anda akan mengalami kekurangan vitamin D, yang mana vitamin ini sangat diperlukan untuk penyerapan kalsium, yang tanpanya akan menyebabkan osteoporosis dan ricket. Bahkan anda pelu menambah vitamin D kerana cahaya matahari dah tercemar oleh berbagai keadaan dan suasana sekarang.

19.Keperluan biologi individu/Bio-individuality
Keperluan biologi individu adalah berbeza, terutama kepada yang menggunakan kekuatan fizikal seperti atelit, buruh dan bergantung juga kepada berat dan bentuk fizikal seseorang. Peningkatan dalam pengambilan protin memerlukan kuantiti vitamin B yang berkait dengan keperluan kalori seseorang.

20.Kekuangan simpanan tubuh/Low Body Reserves
Walaupun badan kita boleh menyimpan sesetengah vitamin, tetapi kajian mendapati sesetengah vitamin seperti A dan E merosot yang boleh dikategorikan berisiko tinggi terhadap masalah kesihatan.

21.Ahli sukan/Athletes
Ahli sukan  memerlukan jumlah vitamin dan mineral yang lebih banyak berbanding orang biasa. Kajian terhadap ahli sukan olimpik Australia dan pemain bola Grade-A, menunjukkan kekurangan jumlah vitamin dan mineral tertentu berkurangan dengan banyak.

22.Kesukaan kepada kopi, teh dan makanan pedas/Hot Coffee, tea and spices
Tabiat suka kepada  minuman panas, kopi, teh dan makanan pedas, boleh menyebabkan inflamasi kepada usus, yang menyebabkan usus menjadi lemah dan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral.

23.Merokok/Smoking
Seperti yang telah diketahui umum, merokok menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Keperluan terutamanya vitamin C adalah 30 peratus meningkat lebih dari orang yang tidak merokok dan juga lain-lain vitamin antioksida.

24.Minuman Keras/Alcohol
Mengambil minuman keras terlalu banyak telah diketahui akan merosakkan hati dan buah pinggang, yang mana penting untuk penghadaman dan metabolik. Alkohol memberi kesan kepada keupayaan dan penyerapan nutrien dan meningkatkan keperluan badan untuk hampir kesemua jenis vitamin dan mineral.

Jika Anda Tidak Mempunyai 24 Sebab Di Atas, Walaupun Satu, maka anda perlu menjawab soalan-soalan di bawah....

  • Adakah anda kerap berdiet?
  • Adakah anda mengidapi tekanan darah tinggi?
  • Adakah anda pengidap kencing manis?
  • Adakah anda berbadan kecil, kurus atau sudah berhenti haid?
  • Adakah anda mengelakkan susu, keju dan tairu?
  • Adakah anda kerap makan daging merah berlemak atau makanan penuh lemak?
  • Adakah anda diserang selsema beberapa kali setahun?
  • Adakah anda terdedah kepada kimia berbahaya?
  • Adakan anda makan makanan jeruk atau awet (seperti burger,hotdog)?
  • Adakan anda jarang bergiat di luar rumah?
  • Adakah anda bernafaskan udara tercemar?
  • Adakah anda meminum air kota raya?
  • Adakah makanan yang anda beli di pasaraya mengandungi sisa-sisa kimia toksid atau bahan penambah?
  • Adakah anda mengalami stress mental dan kegelisahan?
  • Adakah anda sedang menyusukan anak?
  • Adakah anda sering tidak mengambil makanan dari kumpulan asas mengikut piramid makanan?
  • Adakah anda sedang mengambil sebarang jenis ubat-ubatan?
  • Adakah anda dimasukkan ke hospital kebelakangan ini?
  • Adakah anda kemurungan?
  • Adakah anda mengalami penyakit kronik?
  • Adakah anda makan kerana rasa dan bukannya kerana pemakanan?
  • MAHUKAH ANDA MERASA LEBIH SIHAT??
Senarai di atas hanya sebahagian dari banyak sebab lagi kenapa anda perlukan makanan tambahan yang selamat dan semulajadi. Jika anda menjawab YA kepada satu sahaja soalan di atas, maka pengambilan makanan tambahan (vitamin) boleh membantu memperbaiki dan mempertingkatkan tahap kesihatan anda. Semua pilihan terletak ditangan anda!!!

ZM.....xoxo


Maklumat lanjut mengenai produk shaklee (klik sini):
(COD : Taman Medan, Taman Sri Manja, Taman Dato Harun, Cheras, Shamelin)
Zanna Mazlan | SID : 1138147
Text/whatsapp/call : 0192211467