Iklan Nuffnang



Home Personal Produk Shaklee Set Shaklee Apa Yang Anda Perlu Tahu Contact Us

Sunday, June 1, 2014

FAQ Mengenai Healing Crisis (Krisis Penyembuhan)


FAQ Tentang Healing Crisis / Krisis Penyembuhan dalam Shaklee

Ramai yang mengalami kesan yang lebih teruk lepas makan Shaklee. Ada yang sakit kepala,
ada yang sakit lutut, ada yang demam dan macam-macam lagi. Beberapa kes yang saya
sering dengar adalah:

  • Sakit kepala lepas makan alfalfa
  • lutut makin sakit lepas makan AJHT
  • Period tak stabil lepas makan GLA
  • Sengal-sengal badan lepas makan Ostematrix

Ramai mengadu bertambah sakit, kenapa makin sakit padahal makan supplemen nak jadi lebih sihat?

Haaaa.....Itu namanya Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan atau krisis Pemulihan

Jom Tengok FAQ tentang Healing Crisis.....

Q1: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A1 : Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas.
Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian
lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 
Semasa proses penyingkiran toksin,
badan anda akan 
mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa,
dan ia dipanggil sebagai 
krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan
terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q2 : Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?


A2 :
Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita 

menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen
didalam badan. Tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses
pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-
lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih
banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang
menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang 
berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang 
terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa 
lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas
karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q3 : Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
 

A3 :
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan 

atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan 
berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses 
penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan 
krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada 
orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak 
balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q4 : Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa 

krisis penyembuhan?

A4 :
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis

penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain 
hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak 
toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q5 : Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A5 :
Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin
mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q6 : Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi 

walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai 
sebarang perubahan, Mengapa?

A6 :
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya
telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih 
baik, dll). Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah 
seperti:

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yangpanjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi
ZM...xoxo

Maklumat lanjut mengenai produk shaklee (klik sini):
(COD : Taman Medan, Taman Sri Manja, 
Taman Dato Harun, Cheras, Shamelin)
Zanna Mazlan | SID : 1138147
Text/whatsapp/call : 0192211467

No comments: